Info Convent


SK CONVENT, BATU PAHAT

TULUS  DENGAN  FADILAT
AZAM  DENGAN  BAKTI

VISI
SEKOLAH  UNGGUL  PENJANA 
GENERASI  TERBILANG

MISI
MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU
MELALUI  PENDIDIKAN  BERKUALITI

*********************************
OBJEKTIF SEKOLAH
* Memantapkan budaya kerja yang gigih, berdisiplin dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan 
   prestasi pencapaian sekolah dari segi akademik dan non-akademik
* Memberi pendidikan asas yang kukuh dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan 
   mengira ; kemahiran berfikir dan kemahiran belajar.
* Mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran supaya dapat mempertingkatkan prestasi 
   pelajaran murid-murid dan seterusnya melahirkan murid-murid yang 
   mempunyai kecemerlangan akademik.
* Meningkatkan usaha dalam penerapan unsur pendidikan dalam kegiatan kokurikulum dan 
   pengurusan hal ehwal murid untuk lebih memperkembangkan lagi potensi individu setiap murid.
* Meningkatkan mutu disiplin murid-murid, kesedaran, tanggungjawab, hormat-menghormati, 
   bersatu-padu, rasa kekeluargaan dan semangat cintakan sekolah.
* Merealisasikan slogan "CONVENT BOLEH!" dan "MURID CEMERLANG, GURU   
  TERBILANG,  SEKOLAH GEMILANG".

PIAGAM SEKOLAH
* Memastikan murid-murid SK Convent mendapat semua kemudahan asas yang diperlukan supaya 
   dapat belajar dengan selesa, ceria, dan selamat.
* Mengenalpasti potensi yang ada dalam diri murid, membimbing dan memberi peluang untuk 
   memperkembangkan dan berjaya dalam bidang yang diminati.
* Menjalin hubungan baik dengan ibu bapa, PIBG dan masyarakat setempat melalui kerjasama dan 
   permuafakatan yang padu.
* Memupuk semangat setiakawan dan kesejawatan dengan sekolah-sekolah lain bagi menjayakan 
   aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
* Bersedia memberi perkhidmatan yang cekap, mesra, dan terbaik kepada semua pelanggan yang 
   berurusan dengan sekolah.
* Bersedia menerima pandangan, cadangan dan teguran yang membina untuk mengingkatkan 
    prestasi sekolah.

LOKASI SK CONVENT BATU PAHAT